Nurul Firzanah | Bertengkar dan Dibakar | Hot News Update

Nurul Firzanah, 16, yang dibakar teman lelaki pada 13 Ogos lalu bukan saja masih koma, malah doktor memaklumkan dia akan kekal begitu sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga bulan akan datang. Nurul Firzanah mengalami kesan melecur lebih 25 peratus di seluruh tubuh terutama di bahagian muka akibat disimbah petrol sebelum dibakar teman lelakinya selepas mereka bertengkar dalam kejadian di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju.

Nurul Firzanah | Bertengkar dan Dibakar | Hot News Update

Update terkini, doktor meramalkan, Nurul hanya akan terjaga daripada koma dalam tempoh tiga hingga enam bulan daripada sekarang. Nurul akan bertambah teruk dan sakit jika dia sedar daripada koma dalam masa terdekat ini. Disebabkan itu, doktor terpaksa memberinya ubat pelali supaya tidak berasa sakit.

Nurul Firzanah tempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL). Polis masih mengesan suspek yang merupakan teman lelaki Nurul Firzanah sendiri. Hot News Update

Preview: Hmetro

0 comments:

Post a Comment

◄ Newer Post Older Post ►

ShareThis Widget

Pageviews

 
abcSEOxyz Sihir Sihir SEO Malaysia