Kontinjen Amerika Syarikat (AS) Juara Olimpik 2012. Dalam tempoh kurang 24 jam sebelum Sukan Olimpik 2012 London melabuhkan tirai, kontinjen Amerika Syarikat (AS) dilihat hanya menunggu masa untuk dinobatkan selaku juara keseluruhan temasya itu.
12 Ogos waktu Malaysia. AS berjaya mengutip 41 emas, 26 perak dan 27 gangsa bagi mengatasi juara bertahan, China (37 emas, 25 perak, 19 gangsa) di tempat kedua manakala tuan rumah, Britain (26 emas, 15 perak, 18 gangsa) pula di tempat ketiga.
Kontinjen China terlebih dulu mendominasi saingan pada permulaan temasya kali ini untuk sembilan hari pertama kejohanan sebelum dipintas kontinjen AS sebaik acara olahraga bermula.
Apa tidaknya, AS kekal unggul membolot lapan emas, 11 perak dan tujuh gangsa dalam acara olahraga termasuk emas terbaharu menerusi kuartet 4x100 meter wanita di Stadium Olimpik awal pagi semalam.
China pula bagaikan berada dalam kelas berbeza apabila sekadar meraih satu emas dan dua gangsa sahaja dalam acara itu setakat ini.
Kontinjen Amerika Syarikat (AS) Juara Olimpik 2012. Unggul ditangga teratas, Juara keseluruhan Olimpik 2012 hampir pasti dalam genggaman mereka.

0 comments:
Post a Comment