Rempuh Lori Tiga Tan | Dua Maut | Tragedi Lebuh Raya Utara Selatan

Lori tiga tan yang merintangi lebuh raya dirempuh tiga kali, mengakibatkan dua maut dalam kemalangan Kilometer 197.3 Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke selatan, berhampiran Alor Gajah di sini, awal pagi semalam.

Rempuh Lori Tiga Tan | Dua Maut | Tragedi Lebuh Raya Utara Selatan
Sumber Ilustrasi Sinar Harian

Dalam kejadian jam 4.45 pagi membabitkan lima kenderaan itu, Muhammad Farid Mazlan, 27, yang bertugas sebagai guru di Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor, sementara Mohammad Fakhrulrazi Baharuddin, 28, seorang jurutera, maut di tempat kejadian kerana cedera parah.

Muhammad Farid memandu kereta jenis Perodua MyVi dalam perjalanan ke Johor Bahru selepas bercuti sempena Aidilfitri selama seminggu.

Mangsa dipercayai merempuh bahagian belakang sebuah lori tiga tan yang sebelum itu telah merempuh bahagian belakang sebuah treler.

Menurut seorang saksi, kemalangan menyebabkan kenderaan mangsa terhumban ke tebing lebuh raya, sementara lori terbabit hilang kawalan dan memasuki laluan tengah sehingga merentangi jalan.

Tersepit di tempat duduk selepas merempuh treler dan kemudian dirempuh pula oleh mangsa di bahagian belakang. Mangsa yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.
Rosli Md Nor, 37
Pemandu lori

Baca Update News selanjutnya Lori dirempuh 3 kali, guru antara maut. Al-Fatihan kepada roh mangsa kejadian dan takziah kepada keluarga dan saudara yang terlibat. Sesungguhnya Allah itu maha pengasih lagi penyayang

1 comments:

THE AUTHOR said...

Al-Fatihan kepada mangsa kejadian..amin

Post a Comment

◄ Newer Post Older Post ►

ShareThis Widget

Pageviews

 
abcSEOxyz Sihir Sihir SEO Malaysia